Nuffnang Ads

Tuesday, April 24, 2018

BEZA LARIAN DAHULU DAN SEKARANG


Zaman dulu-dulu mana nak fikir nak selfie ke apa semasa nak lari. Fokusnya nak berlari je. Berbeza dengan zaman sekarang. Dapat dilihat kebanyakkan pelari sekarang, selfie merupakan perkara wajib bila join pertandingan larian. Tak kira sebelum, semasa atau selepas larian. Nak lebih advances pasang mp3 supaya tidak bosan ketika berlari. Bila dah habis lari, ambil selfie lepas tu kena update pula dalam social media. 




p/s: teknologi mempengaruhi aktiviti larian 

Monday, April 23, 2018

TOP 10 LONDON MARATHON 2018 RESULT




Semalam 22.04.18 telah diadakan London Marathon yang mana merupakan antara salah satu World Marathon Major yang pasti menjadi idaman setiap pelari jarak jauh untuk menyertainya. Di sini terdapat ramai pelari elit jarak jauh dunia berkumpul dan bertanding untuk merebut gelaran juara.

Eliud Kipchoge, Marathon Champion Men Elite - IAAF

Pada edisi kali ini di London Marathon 2018, pelari dari Kenya, Eliud Kipchoge ternyata unggul untuk menjadi juara dengan catatan masa 02:04:17, menewaskan pesaing terdekat Tola Shura Kitata dari Ethiopia ( 02:04:49) dan Sir Mo Farah dari wakil tuan rumah Great Britain (02:06:21) untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.

Vivian Cheruiyot, Marathon Champion Women Elit - IAAF

Manakala kategori perempuan elit pula dimenangi oleh pelari dari Kenya, Vivian Cheruiyot dengan catatan masa 02:18:31. Manakala di tempat kedua juga disandang pelari dari Kenya, Briged Kosgei (02:20:13) dan tempat yang ketiga dirangkul oleh pelari dari Ethiopia, Tadelech Bekele (02:21:40).




Untuk mengetahui keputusan penuh boleh melawati laman sesawang penganjur --> SINI 



sumber: IAAF

Saturday, April 21, 2018

REVIEW MIRI MARATHON 2018


Miri Marathon merupakan event larian pertama disertai untuk tahun 2018. Telah memasang niat untuk masuk event ini sejak tahun 2017 lagi. Kenapa? Sebab medal Miri Marathon nampak cantik. Mungkin bagi runner yang lain, medal Miri Marathon ni nampak simple dan tak kreatif tapi itu lebih bagus dari rekaan yang mengarut.

medal ni inspirasi dari medal olimpik musim sejuk


Pada awalnya nak join event ni dengan kawan-kawan tetapi apa kan daya, mereka ada komitmen yang lebih penting untuk dibuat, makanya pergi la seorang diri. Itu tak jadi masalah sebenarnya sebab sudah biasa pergi event seorang diri sebelum ni. Bak kata orang, kalau nak tunggu orang lain pergi bersama, sampai ke sudah tidak akan dapat pergi.

Berlari ke tempat event yang jauh ni memerlukan perancangan yang betul supaya tak menyusahkan diri sendiri nanti. So, perkara pertama bila nak join sesuatu event kena la buat pendaftaran larian dulu kan. Selesai yang itu, urusan tempat tinggal pulak. Survey hotel yang paling dekat dengan tempat event supaya senang kita nak bergerak. That time, Grand Palace Hotel jadi penginapan rasmi sebab paling dekat, selesa dan rate harga pon berpatutan.

Tiket kapal terbang pon memang dah booked awal. Selalunya bab tiket flight ni je lah yang jadi masalah sebab harga tak tetap. Kalau rajin survey dapat la murah. Jika tidak nak tak nak beli je la. 

e-sijil

So, untuk event ni tidak meletakkan harapan yang tinggi. Just buat yang terbaik dan termampu je sebab rasanya dah lama masuk kategori 21km. Tahun 2017 banyak masuk kategori 10km je. Dengan latihan ala kadar je, makanya tahu la kemampuan setakat mana. Tak banyak pelari elit join event ini dan mostly runner banyak dari penduduk setempat dan bahagian-bahagian yang lain di Sarawak.

Overall penganjuran Miri Marathon ini baik. Cuma terkilan sikit penganjur tak disediakan tempat meletak barang untuk runner di tempat event. So, pagi tu terpaksa patah balik ke hotel untuk simpan barang. Nasib hotel dekat. Laluan larian tak terlalu mudah dan tak terlalu susah. Bukit ada la dalam 1-2 bukit kena lalui. Tamat larian, disediakan refreshment untuk peserta. 

Insyaallah kalau depan tahun hadapan ada lagi penganjurannya boleh join sekali lagi tetapi masuk kategori lain la pulak. Penat lari jauh-jauh ni kalau tak cukup training. Hehehe.



p/s: just enjoy your run


Thursday, April 19, 2018

REVIEW STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2018


Pada 08.04.18 yang lepas telah berlangsungnya acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM). Bagi seorang pelari, tidak sah bergelar seorang pelari jika tidak menyertai event ini. Dianggarkan sebanyak 38,000 pelari sama ada dalam atau luar negara menyertai. Bayangkan tidak sampai satu minggu pendaftaran dibuka, semua slot larian telah habis didaftar.

ke garisan penamat

Jadi, pada tahun ini, Half Marathon @ 21km menjadi pilihan untuk disertai. Dalam sepuluh tahun penganjuran SCKLM, ini penyertaan yang ke-empat kerana standard penganjurannya yang sangat professional sama ada dari segi urusan pendaftaran, promosi, semasa acara berlangsung sehingga tamat program. Adalah sesuatu yang amat membanggakan dapat menjadi sebahagian daripada peserta dalam acara yang berprestij ini.

Dalam tahun 2018, ini adalah merupakan penyertaan Half Marathon yang kedua selepas Miri Marathon pada bulan Mac yang lepas. Meletakkan target masa larian di bawah 2 jam bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak membuat latihan yang secukupnya. Melakukan larian selama satu jam tanpa henti 4 kali seminggu antara latihan rutin yang dibuat bagi mengekalkan stamina larian.

e-sijil SCKLM

Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang konsisten, sasaran untuk melepasi masa di bawah 2 jam bagi jarak larian sejauh 21km telah membuahkan hasil. Walaupun bukan tergolong di dalam kelompok pelari yang terpantas tetapi kepuasan dapat menamatkan larian itu adalah lebih penting. Diharap untuk acara larian yang akan datang dapat memberikan keputusan yang lebih baik, lebih bertenaga dan lebih pantas.



p/s: berlari kerana minat bukan kerana terpaksa

MY RUNNING SPIRIT


Hai semua. Panggil saja Joe. Seorang yang suka berlari. Tapi kena ikut mood lah. Datang angin yang tengah rajin, memang hari-hari turun training. Kalau malas, tidur saja la jawabnya. Hehehe. 




Berkecimpung dalam dunia larian ni, rasanya dah lebih 10 tahun. Zaman sekolah rendah dan menengah pernah la join event larian ni tapi sekadar memenuhi team rumah sukan je. Masuk universiti baru aktif dalam dunia larian sampailah sekarang.

Kenapa pilih berlari? Sebab boleh berlatih seorang diri tanpa menunggu sesiapa. Lagipun berlari ni dapat menjadikan tubuh badan menjadi lebih sihat, lebih bertenaga dan senang nak tidur bila waktu malam. Dulu-dulu jarak larian kesukaan yang biasa ikut adalah 10km. Kadang-kadang cuba juga larian 21km atau 42km. Ikut kemampuan lah.

Tapi kena ingat bila dah berlari sebenarnya banyak "pantang-larang" ataupun langkah-langkah keselematan perlu dijaga sebelum,semasa dan selepas berlari. Melanggar "pantang-larang" ini boleh mengakibatkan masalah pada diri.

Akhirnya, pilihlah sukan yang buat diri sendiri puas apabila melakunya. Janganlah asyik duduk rumah makan dan tidur sahaja. Buat something yang boleh hilangkan stress. Jalanilah kehidupan yang sihat. InsyaAllah, dalam blog ni, akan menceritakan segala pengalaman, tips-tips larian bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia larian ni. 



p/s: lamanya tak berblogging. Rasa janggal pulak tulis panjang-panjang ni.