Nuffnang Ads

Thursday, April 19, 2018

REVIEW STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2018


Pada 08.04.18 yang lepas telah berlangsungnya acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM). Bagi seorang pelari, tidak sah bergelar seorang pelari jika tidak menyertai event ini. Dianggarkan sebanyak 38,000 pelari sama ada dalam atau luar negara menyertai. Bayangkan tidak sampai satu minggu pendaftaran dibuka, semua slot larian telah habis didaftar.

ke garisan penamat

Jadi, pada tahun ini, Half Marathon @ 21km menjadi pilihan untuk disertai. Dalam sepuluh tahun penganjuran SCKLM, ini penyertaan yang ke-empat kerana standard penganjurannya yang sangat professional sama ada dari segi urusan pendaftaran, promosi, semasa acara berlangsung sehingga tamat program. Adalah sesuatu yang amat membanggakan dapat menjadi sebahagian daripada peserta dalam acara yang berprestij ini.

Dalam tahun 2018, ini adalah merupakan penyertaan Half Marathon yang kedua selepas Miri Marathon pada bulan Mac yang lepas. Meletakkan target masa larian di bawah 2 jam bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak membuat latihan yang secukupnya. Melakukan larian selama satu jam tanpa henti 4 kali seminggu antara latihan rutin yang dibuat bagi mengekalkan stamina larian.

e-sijil SCKLM

Alhamdulillah, dengan berkat latihan yang konsisten, sasaran untuk melepasi masa di bawah 2 jam bagi jarak larian sejauh 21km telah membuahkan hasil. Walaupun bukan tergolong di dalam kelompok pelari yang terpantas tetapi kepuasan dapat menamatkan larian itu adalah lebih penting. Diharap untuk acara larian yang akan datang dapat memberikan keputusan yang lebih baik, lebih bertenaga dan lebih pantas.



p/s: berlari kerana minat bukan kerana terpaksa

No comments:

Post a Comment